Powered By Blogger

Sabtu, 21 Ogos 2010

PERSATUAN RUNGUS PITAS ( PISAAN )

Persatuan Rungus Pitas atau ringkasnya PISAAN telah didaftarkan sebagai sebuah persatuan yang bermatlmat untuk menyatupadukan kaum rungus melalui aktiviti-aktiviti kebudayaan. Persatuan ini akan memberi ruang kepada semua orang yang berbangsa rungus di daerah Pitas untuk menganggotai persatuan ini disamping menyumbang idea dan kreativiti masing-masing. Selaku Presiden Persatuan ini, saya mengalu-alukan semua yang berbangsa rungus di daerah Pitas supaya menjadi ahli persatuan ini, agar persatuan ini mendapat banyak sumber maklumat dan idea untuk dibincang seterusnya dijadikan bahan perbincangan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Persatuan.

10 ulasan:

  1. Encik Richard. Tahniah diucapkan atas usaha menubuhkan PISAAN. Walaupun saya bukan daripada suku kaum Rungus tetapi saya yakin persatuan ini memberikan manfaat terhadap pemmugaran dan pemuliharaan budaya sesuatu bangsa. Jika tidak "matilah budaya lama ditelan arus pemodenan." Hidup PISAAN!

    BalasPadam
  2. Tolong berikan juga input-input yang berguna untuk dijadikan panduan Persatuan ini berkembang.

    BalasPadam
  3. boleh ka saya join sama ini persatuan?

    BalasPadam
  4. Kalau Sal nak join..boleh dengan syarat jadi ahli bersekutu ja. Tapi kena Kahwin orang rungus...heheh

    BalasPadam
  5. wah uncle selama ini saya tak tahu ada persatuan Pisaan...apa pun hebat lah..sekurang-kurangnya anak-anak muda diluar sana boleh tahu akan kehebatan bangsa mereka..betul kan uncle...tahiah!!!!

    BalasPadam
  6. ndak jadi la saya hantar borang jadi ahli ni.. nanti abang mualin kita marah pulak.. saya baru komen blog dia bagitahu saya seorang isteri yang jujur.. hehe..biarla saya jadi pemerhati PPB ja..

    BalasPadam
  7. Sal..apa itu PPB? Betul ba Mualin punya pandangan itu. Salo ni seorang isteri yang baik. Kita sudah 3 tahun bersama-sama menuntut di UMS ini, tidak sekalipun saya nampak Sal marah atau menunjukkan tingkahlaku yang tidak sepatutnya. Pendek kata, semua kawan-kawan perempuan kita baik-baik belaka...teruskan!!!

    BalasPadam
  8. sory..salah ejaan pulak.. bukan PPB tapi PBB..hehe..

    BalasPadam
  9. Saudara Richard,
    Terima kasih kerana prihatin terhadap kebudayaan kita subetnik Rungus. Syabas dan tanhiah! Penubuhan PISAAN.Saya ingin mencadangkan agar PISAAN menganjurkan Pista Kebudayaan Rungus Pitas sebagai acara tahunan persatuan.Saya yakin dengan penganjuran pesta ini akan memertabatkan lagi kebudayaan suku Rungus khususnya di Daerah Pitas. Saya juga yakin bahawa semua Rungus di Pitas menyokong penganjuran pesta tersebut.TQ. Drpd. Bosou Sonsodop

    BalasPadam
  10. hai persatuan rungus pitas..saya ada soalan sikit ni..apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh persatuan ini untuk mengekalkan dan menarik minat generasi muda dalam kebudayaan rungus khususnya dalam muzik tradisional suku kaum rungus.

    BalasPadam