Powered By Blogger

Sabtu, 21 Ogos 2010

PERSATUAN RUNGUS PITAS ( PISAAN )

Persatuan Rungus Pitas atau ringkasnya PISAAN telah didaftarkan sebagai sebuah persatuan yang bermatlmat untuk menyatupadukan kaum rungus melalui aktiviti-aktiviti kebudayaan. Persatuan ini akan memberi ruang kepada semua orang yang berbangsa rungus di daerah Pitas untuk menganggotai persatuan ini disamping menyumbang idea dan kreativiti masing-masing. Selaku Presiden Persatuan ini, saya mengalu-alukan semua yang berbangsa rungus di daerah Pitas supaya menjadi ahli persatuan ini, agar persatuan ini mendapat banyak sumber maklumat dan idea untuk dibincang seterusnya dijadikan bahan perbincangan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Persatuan.