Powered By Blogger

Rabu, 20 Oktober 2010

MENUNGGU KOMEN.

Mana sudah komen kawan-kawan ni...tak muncul-muncil pun.
Agaknya isu saya ni boring tak? Atau blog saya ni yang tak betul..
Hehehe..akupun tak tau...lantak je la.

W. CLEMENT STONE

Berikan kegembiraan, maka anda akan diberikan kegembiraa.

FALSAFAH

Manusia itu laksana anggur, yang jelek semakin kecut, yang baik semakin lama semakin baik. Jenis-jenis yang baik itu selalu ditandai dengan semangat, selama ada semangat, anda tetap muda." Cicero ".
Fikir-fikirkan lah....

Sabtu, 21 Ogos 2010

PERSATUAN RUNGUS PITAS ( PISAAN )

Persatuan Rungus Pitas atau ringkasnya PISAAN telah didaftarkan sebagai sebuah persatuan yang bermatlmat untuk menyatupadukan kaum rungus melalui aktiviti-aktiviti kebudayaan. Persatuan ini akan memberi ruang kepada semua orang yang berbangsa rungus di daerah Pitas untuk menganggotai persatuan ini disamping menyumbang idea dan kreativiti masing-masing. Selaku Presiden Persatuan ini, saya mengalu-alukan semua yang berbangsa rungus di daerah Pitas supaya menjadi ahli persatuan ini, agar persatuan ini mendapat banyak sumber maklumat dan idea untuk dibincang seterusnya dijadikan bahan perbincangan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Persatuan.